MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
LESTARI
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BIL 1/2013
Tarikh : 13 Februari 2013 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pusat Sumber
HADIR
- Dr. Muhammad AB Rahman (Pengerusi)
- Puan Hjh Normah Abdul Aziz
- Puan Norisah Mohamed Nor
- Puan Jalimah Yunus
- Dr. Kartini Abdul Mutalib
- Puan
Ellyza Karim
- Puan
Salmiah Md. Salleh
- Puan
Bushra Limuna Ismail
- Puan
Hjh Norzalimah Mohd Kassim
- Cik
Hjh Azimah Abu Samah
- En.
Rohaizad Agil
- En.
R Zahari Abdullah
- Nur
Atikah Terjeli
- Antonious
Anak Remon
- Nur
Arif Zainudin
- Yeoh
Shyi Khuan
- Mohd
Hafizie Zulkefle
- Noel
Jagan Anak Nyenggong
- Puan
Zawiah Bahrom (Setiausaha)
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. En. Romy Abdul Kadir (Hospital)
2. En. Ghazali Ismail (BIG)
3. En. Asri Abdul Aziz (Amali)
4. Nur Farha Mustapha ( Amali
)
1.0
Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab yang diketuai
oleh Pengerusi, Dr Muhammad AB Rahman.
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan semua ahli JK Lestari IPG KPT
yang hadir dalam mesyuarat hari ini dan berharap agar mesyuarat dapat
dijalankan dengan lancar. Pengerusi memaklumkan perkara-perkara berikut :
1.1 Konsep
Lestari
a. Pengerusi mahu konsep lestari
diperjelaskan dan dipamerkan di sekitar kawasan kampus agar warga kampus sedar
akan peranan mereka dalam membudayakan konsep lestari .
b. Penghayatan konsep lestari adalah
sangat penting. Jika secara realitinya, penghayatan konsep lestari belum mampu
dihayati sepenuhnya maka pihak Jawatan Kuasa perlu mengkaji punca kurangnya
penghayatan tersebut sama ada berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti yang
terlalu banyak atau pun berpunca daripada masalah ketidakfahaman warga kampus
akan konsep lestari.
1.2 Penetapan
Indikator
a. Indikator
yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
i.
Bilangan pokok
ii.Bilangan
beg sampah
iii.Bil
utiliti
iv.Kurang
pencemaran
Makluman Semua
2.0 Pembentangan
Pelan Tindakan Lestari 2013
2.1 Definisi
Lestari
Penyelaras Jawatan Kuasa Lestari menerangkan definisi
Lestari agar difahami oleh setiap ahli jawatankuasa.
2.2 Fungsi
Jawatankuasa
Penyelaras Jawatan Kuasa Lestari menerangkan fungsi dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Fungsi tersebut adalah seperti berikut :
a. Merancang
pelan tindakan program IPG lestari.
b. Menyebar luas maklumat berkaitan
program IPG lestari kepada semua warga IPG.
c. Mewujudkan sistem penyelarasan yang
mantap.
d. Menjalankan Audit Hijau
sekurang-kurangnya sekali setahun.
e. Melibatkan semua warga IPG terutama
pelajar dalam proses membuat keputusan dan pelaksanaan program.
f. Menjalankan penyelidikan berkaitan
kelestarian secara berterusan.
g. Memantapkan saluran komunikasi dan
jaringan kerjasama antara warga IPG dan pihak luar (badan kerajaan, NGO, badan
korporat dan komuniti tempatan).
h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap
program berdasarkan pemantauan dan penilaian setiap tahun.
2.3 Indikator
Kelestarian IPG KPT
Penyelaras Jawatan Kuasa Lestari menerangkan indikator
yang telah ditetapkan. Indikator tersebut adalah seperti berikut :
a. Bilangan
pokok
b. Amaun
sampah berkurangan
c. Bil
elektik menurun
d. Pencemaran
berkurangan
e. E-Hebahan
f. Elemen
bestari dalam kurikulum dan kokurikulum
2.4 Pelan Tindakan Lestari 2013 dan Agihan
Tugas JK
a. Penyelaras Jawatan Kuasa Lestari
membentangkan cadangan Pelan Tindakan Lestari IPG KPT. Sila rujuk Lampiran A.
b. Blog lestari IPG KPT telah dibina sejak
tahun 2012 lagi, namun begitu sambutannya kurang menggalakkan. Pihak
Jawatankuasa diminta untuk memikirkan sesuatu yang boleh menarik perhatian
warga kampus untuk melawati blog ini.
c. Berkaitan dengan penerapan elemen
lestari dalam kurikulum, ahli jawatankuasa yang berkaitan dengannya perlu
menyediakan laporan menggunakan templat yang disediakan.
d. Penyelaras Jawatankuasa Lestari
membentangkan carta alir tindakan bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Lestari. Sila
rujuk Lampiran B.
e. Pelaksanaan projek yang memerlukan kos,
ahli jawatankuasa diminta supaya menyediakan kertas kerja sebelum mendapatkan
pembiayaan.
f. Penilaian program akan dilaksanakan
pada akhir tahun bertujuan untuk menilai sejauhmana berjayanya sesuatu aktiviti
lestari tersebut dijalankan.
g. Sesi pembentangan oleh pelajar akan
dijalankan bagi membentangkan pencapaian sesuatu kempen atau inovasi yang telah
dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.
h. Urusan surat menyurat perlulah
dilakukan dalam dua salinan iaitu :
i)
Salinan untuk Fail Lestari (pejabat)
ii)
Salinan untuk Fail Penyelaras
i. Cadangan untuk mengadakan Hari Hijau,
penyelaras akan berbincang dengan Jawatankuasa Hari Alam Sekitar untuk
mengadakannya sempena Hari Alam Sekitar. Kempen Menanam Pokok dicadangkan akan
diadakan dan sumbangan pokok akan diperoleh dari Kementerian Pertanian.
Makluman
Semua
4.0 Hal-Hal
Lain
a. Tuan Pengarah membentangkan cadangan
daripada Bekas Rektor supaya menanam pokok besar dan membina pondok bacaan di
sekitar kampus.
b. Kereta hendaklah diletakkan di kawasan
parkir yang disediakan bagi mengelakkan rumput yang ditanam musnah.
Makluman
Semua
c. Ahli Jawatankuasa Pelajar diminta
memperuntukkan masa bagi melantik Jawatankuasa Kerja masing-masing dan
seterusnya membentangkan pelan tindakan yang telah dirangka dalam Mesyuarat
Jawatankuasa IPG Lestari ke-2 yang dijangka akan diadakan pada minggu ketiga
bulan April 2013.
Tindakan: JK Pelajar dan Pensyarah Penasihat
4.0
Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Jawatankuasa
Pensyarah dan Pelajar yang memberikan kerjasama dan pandangan dalam mesyuarat
ini. Beliau juga berharap agar ahli jawatankuasa dapat meningkatkan iltizam ke
arah merealisasikan Program IPG Lestari.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang
Tarikh: 13 Mac 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan