Pengenalan


11 IPG telah dipilih sebagai perintis kepada Program IPG Lestari pada tahun  2011 termasuk IPG KPT.  Program ini adalah kerjasama antara WWF Malaysia dan IPGM serta USM dan UPSI. Mulai 2012, Program IPG lestari merupakan penjenamaan (branding) kepada semua 27 IPG. Program ini akan dilancarkan oleh Menteri Pelajaran, YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin pada 22 April ini sempena Hari Bumi di IPGK Temenggung Ibrahim.



         9 TEMA IPG LESTARI


  •     Pengurusan sampah
  •     Air
  •     Tenaga
  •     Biodiversiti dan Alam Semulajadi
  •     Pengangkutan
  •     Hidup sihat
  •     Persekitaran kampus
  •     Perubahan iklim
  •     Local agenda 21



 
KONSEP dan TUJUAN



Konsep Kelestarian Alam

   ·       Definisi : perlindungan, pembaikan semula dan pemuliharaan alam sekitar (Marinova et al., 2008).

   ·       sebarang bentuk penggunaan sumber atau pembangunan alam sekitar  harus mengambil kira kesejahteraan generasi masa depan.

secara ringkasnya, merupakan tindakan mengekalkan komponen alam sekitar iaitu tanah, air, udara dan hidupan.


Tujuan Pelestarian Alam

Untuk memastikan bahawa anak cucu kita mendapat persekitaran yang sempurna pada masa akan datang