PRINSIP IPG LESTARI
1. Bersyukur
Menerima kurniaan Yang Maha Pencipta dengan rasa rendah diri.
2. Bekerjasama
Manusia bekerjasama mentadbir dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan hidup.
3. Menghormati Alam Sekitar
Semua benda berhak mendiami alam sekitar kerana bumi milik bersama antara manusia, haiwan dan tumbuhan
4. Mengamalkan Gaya Hidup Seimbang
Kesejahteraan hidup dicapai melalui pembangunan lestari.
5. Mementingkan Kelestarian Alam Sekitar
Sesuatu tindakan perlu mengambil kira keutuhan ekologi dan kemandirian biodiversiti.
6. Meminimumkan Kerosakan
Sebarang pembangunan yang melibatkan alam sekitar perlu mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan.
7. Menyedari Ekonomi Bukan Segala-galanya
Segala benda hidup mempunyai nilai tersendiri selain daripada nilai ekonomi.
8. Mengiktiraf Hak Generasi Yang Akan Datang
Alam sekitar sebagai khazanah yang perlu dipelihara untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
9. Bertanggungjawab
Setiap individu bertanggungjawab menjaga alam sekitar daripada sebarang bentuk pencemaran atau kerosakan.
10. Bersederhana
Sumber-sumber alam sekitar perlulah digunakan secara berhemah.
11. Menyedari Etika Melebihi Undang-undang
Bertindak bersesuaian dengan keadaan tanpa bersandarkan undang-undang semata-mata.
12. Mengalami dan Menghayati Alam Sekitar
Amalan penjagaan alam sekitar bermula daripada diri sendiri.
(Diadaptasi daripada: Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSM, 1998 & Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum Prasekolah, 2005)